Kisah misteri hari Jumaat.
Buat masa ini entah apa yang lebih baik selain menulis.
Keliru.
Jumaat petang itu Dayah cuti. Aku mati hati untuk ke lab. Tanpa pilihan yang lebih baik, kami memilih untuk berhibur secara Hadhari saki baki Pak Lah. Sedang asyik layan Banlieue 13 – Ultimatum, tiba-tiba pintu rumah diketuk. Dari hujung telinga terdengar suara lembut memberi salam.
Salam pertama kami terkejut dan diam.
Salam kedua aku intai dari tepi tingkap.
Salam ketiga aku fikir dia akan give up dan berlalu.
Dan apabila datang salam keempat, Dayah segera suruh aku attend.
Kabut ribut aku berlari anak ke pintu dengan dua helai duit color biru. Dalam aku kucar-kacir, rupanya J Manshor lebih awal di depan pintu. Bunyi ngiau tak henti-henti. Jawab salam cara kucing barang kali. Sopan betul.
Pintu aku buka dengan tangan. Kaki aku sekat kuak pintu supaya J Manshor tidak terbebas. Mata memandang kaki untuk saat yang pertama. Untuk saat yang lain aku curi pandang lelaki tersebut.
Susuk lelaki. Ketayap putih. Kurus. Kemeja putih dan slack hitam. Bertongkat. Masih muda atau barangkali awet muda. Tanganya pantas membuka file dengan nawaitu menulis resit.
Otomatik mulut cepat berkata, “Ini ada sedekah….”.
Secara manual aku potong cakap sambil senyum dan hulur dua keping duit kertas color biru.
File merah dia tutup, mulut masih berkata, “Terima kasih. Encik, jangan selalu tinggal kunci rumah di luar pintu. Ini ada kunci kereta juga”
Aku tersenyum dan menutup pintu.
Untuk saat itu aku rasa malu sendiri. Itulah, gelojoh selalu. Aku tutup pintu.
Kemudian tergerak hati untuk memberi sedikit penghargaan atas sikap jujur lelaki tersebut. Aku keluar untuk saat yang berikutnya. Dia sudah tiada. Pantas.
J Manshor tidak henti-henti mengiau.
Buat masa ini entah apa yang lebih baik selain menulis.
Keliru.












